top of page
Kenali
ATN Travel

ATN Travel ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda yang bersemangat dan berpengalaman tinggi dipasarana antarabangsa. Kecintaan dan penglibatan dalam industri pelancongan dan perkhidmatan ini telah dipupuk sejak 25 tahun dahulu.

​

​Segalanya bermula di Istanbul Turki, di awal tahun 90-an dari sebagai perunding pelancongan dan penterjemah untuk pelbagai syarikat pelancongan tempatan di Turki. Kami mendapat tugasan untuk menguruskan kumpulan pelancong dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

​

Kami telah meneroka hampir setiap sudut negara Turki, dengan mendaki gunung, dan berkongsi kegembiraan dengan ribuan orang. Kami menikmati dan berbesar hati dapat membawa kumpulan umrah stop-over, delegasi persidangan, pengusaha, duta besar, jeneral, menteri, dan royalti semasa penginapan mereka di Turki. Kami juga telah diberi kepercayaan untuk menyediakan pakej ground kepada produksi televisi seperti RTM, TV3, TV9, Astro & TV-Alhijrah.

atn-turki-3_edited_edited.jpg

Selepas pandemik, ATN tumpu pakej premium

Izham kini bangkit dengan pelbagai idea baharu untuk memenuhi permintaan kumpulan VIP dan juga pelanggan setianya.

ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn Bhd.jpg
319280683_708245037314109_1935914012776706743_n.jpg

GENERAL MANAGER 

Mr. Izham Istar

Izham merupakan bapa kepada tiga anak dan dua telah dilahirkan di Istanbul. Beliau yang sukakan cabaran telah menetap di Istanbul selama 16 tahun dan telah bekerjasama dengan Turki, Balkan dan negara bekas USSR selama lebih daripada 20 Tahun. Pengalaman pertama beliau dalam bidang pelancongan bermula di ISPA Tours & Transportation Inc. Antara tugas pertamanya ialah membawa seluruh krew Jejak Rasul TV3 & Delegasi Sultan Kelantan ke Turki.
 
Beberapa tahun kemudian beliau telah bergabung dengan seorang rakan Turki untuk menubuhkan ATN Tourism Travel & Transportation Inc. Istanbul, Turki, dan membeli ISPA Tours and Transportation Inc. yang merupakan syarikat pertama beliau bekerja. Pada tahun 2004 baliau telah menubuhkan ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn. Bhd dan pada tahun 2006 PT Anatolia Travel Network Indonesia sebagai pembekal pakej borong kepada ejen pelancongan tempatan.
bottom of page